Masalah disiplin dalam kalangan murid-murid kerap menjadi bohan perbincangan baik dalam segenap lapisan masyarakat mahupun media massa khususnya media elektronik dan media cetak yang dikenali sebagai aden permasyarakatan yang paling berpengaruh dalam pembentukan media khalayak sasarannya. Masalah ini bukan sahaja menyusahkan diri murid-murid tetapi juga ibu bapa. Sesetengah murid terlibat dalam gejala sosial seperti buli dan vandalisme. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak sedar akan tanggungjawab sendiri dan sayang akan sekolah. Pada pendapat saya penawar yang pragmatik dan ampuh haruslah diikhtiarkan atau disegerakan untuk mengekang masalah kekurangan kesedaran pentingnya nilai murni kasih sayang sesama murid sebelum nasi menjadi bubur..Masalah ini tidak boleh dipandang remeh kerana banyak mendatangkan kesan negatif kepada remaja kini yang digalaskan harapan untuk menerajui tampuk kepemimpinan negara kita pada hari muka. Masalah ini akan merugikan murid-murid sekali gus menjejaskan nama baik institusi pendidikan. Sebenarnya terdapat beberapa kepentingan wujudnya masyarakat penyayang dalam kalangan murid-murid. Sebagai contoh, semangat perpaduan dapat dibajai dalam jiwa setiap warganegara berbilang kaum yang berlandaskan nilai kasih sayang,toleransi dan prihatin. Selain itu, kelahiran masyarakat penyayang dapat mempercepat proses integrasi nasional di samping menangani masalah sosial yang semakin berleluasa.
Memetik kata-kata Mutiara tokoh, William J-Siegel, seorang penerbit Amerika Syarikat pernah mengatakan bahawa “manusia tidak merancang untuk gagal , mereka gagal untuk merancang”. Salah satu langkah untuk memupuk budaya penyayang dalam kalangan pelajar ialah melalui aktiviti kokurikulum. Dengan bimbingan guru, aktiviti kokurikulum dapat membajai budaya penyayang dalam kalangan pelajar. Hal ini berlaku apabila dapat murid yang berbilang kaum menjalani aktiviti secara berkumpulan seperti bersukan, menyertai unit beruniform dan berpersatuan. "Tak kenal maka tak cinta", langkah sebegini dapat merealisasikan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Pelbagai pertandingan boleh disertai oleh pelajar di luar bilik darjah. Selain itu, terdapat juga pertandingan koakademih seperti pantun, bahas dan pidato. Pelajar yang menyertai pertandingan dapt merasakan bahawa mereka bertanggungjawab membawa kemenangan kepada sekolah. Natijahnya, pelajar dapat mengharumkan nama sekolah dengan kemampuan yang dimiliki oleh mereka.
Di samping itu, program keceriaan sekolah perlu diperbanyak dan diperhebat. Program ini memerlukan penglibatan secara kolektif daripada semua pihak. Pengisian program ialah gotong-royong, pertandingan kelas terbersih dan mewujudkan taman sains. Melalui pendekatan ini, pelajar akan terlibat secara langsung dengan kerja-kerja pembersihan. Kerja-kerja dilakukan secara individu dan kumpulan seperti kata muafakat itu berkat dan yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Aktiviti seperti ini dapat memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih, ceria, selamat dan erat. Pelajar juga dapat menjalinkan hubungan silaturahim yang lebih kondusif dengan guru-guru dan juga pelajar yang lain. Izharnya, program keceraian dapat memupuk budaya penyayang dalam diri mereka di sekolah san seterusnya akan diamalkan dalam kehidupan walau di mana-mana mereka berada.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk memupuk budaya penyayang dalam kalangan murid di sekolah. Langkah-langkah tersebut berkait rapat antara satu sama lain. Pihak sekolah bertanggungjawab untuk melahirkan generasi murid yang berdisiplin dan memiliki jati diri yang tinggi serta berketerampilan. Ibu bapa pula hendaklah memberikan kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya dalam usaha melahirkan anak-anak yang bersahsiah tinggi. Sesungguhnya usaha ini diharapkan dapat memupuk budaya penyayang dalam kalangan murid di sekolah ke arah mencipta kecemarlangan sekali gus melahirkan modal insan yang mulia dan terbilang.
Comments
Post a Comment