Sekolah (Hubungan antara murid dengan guru)

 


    Selain itu, pihak sekolah sebagai ejen perubahan sosial perlu melihat usaha pembentukan masyarakat penyayang dengan lebih serius. Sekolah tidak harus menumpukan soal pencapaian akademik pelajar semata-mata. Generasi muda di sekolah perlu diterapkan dengan nilai-nilai kasih sayang, hormat-menghormati, dan bertolak-ansur, bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Para pelajar di sekolah lebih mudah diterapkan nilai-nilai tersebut berbanding dengan golongan yang lebih tua. Sekolah merupakan rumah kedua murid-murid dan guru merupakan ibubapa kedua murid-murid, oleh itu, guru-guru memainkan peranan perdana dalam membentuk seorang murid yang penyayang. Murid yang penyayang memang penting dalam membentukan masyarakat yang penyayang kerana pemuda harapan bangs, pemudi tiang negara. Sesebuah masyarakat yang penyayang mempunyai nilai-nilai berhemah yang perlu diajar sejak kecil, contohnya masyarakat perlu mempunyai nilai yang tinggi dan adat yang baik. Dalam sistem pendidikan di negara kita penumpuan terhadap dasar pendidikan untuk melahirkan insan yang baik, menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek adalah jelas berdasarkan apa yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Elemen akhlak, moral dan nilai-nilai mumi merupakan salah satu unsur yang penting dalam memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini tercapai. Bukti-bukti di atas cukup membuktikan guru-guru dan jabatan pendidikan amat penting dalam memupuk masyarakat yang penyayang. Individu  yang  berakhlak  mulia  penting  untuk     melakukan  sesuatu  perkara  dalamkehidupan.  Sebagai   contoh,  pada   zaman   ini  pelbagai   isu-isu  mengenai   masalahsosial di kalangan remaja sekarang seperti gejala merempit, dadah, membuang bayidan sebagainya. Dari situ, kita dapat lihat sebenarnya moral dan etika penting bagimendidik remaja untuk menjadi seseorang yang berakhlak mulia ketika melakukansesuatu.  Hal  ini menunjukkan  nilai –nilai   moral  perlu  diterapkan  dalam  kalanganremaja seperti bertanggungjawab, hormat-menghormati, berdisiplin dan lain-lain lagi.Justeru remaja perlu dididik oleh ibi bapa atau guru mengenai nilai moral dan etikadalam kehidupan sejak  kecil lagi. Pembentukan akhlak penting dalam seseorangmanusia   untuk   mencerminkan   sifat   dan   perlakuan   mereka.   Selain   itu,   teorikeperibadian   mulia   melalui   Aristotle   (1979)   juga   menekankan   akhlak   diri   iaitukemurahan   hati,   keberanian,   kejujuran,   kesabaran   dan   kebijakasaan   yangmemainkan   peranan   penting   dalam   kehidupan   moral.   Oleh   itu,   moral   dan   etikamemainkan   peranan   utama   dalam   membentuk   akhlak   mulia   seseorang   individusupaya dapat melakukan seseatu perkara dengan betul dan dapat memberi kesan positif. Kepentingan moral dan etika pada manusia pada zaman ini ialah dapat mewujudkansebuah organisasi yang stabil, kukuh dan berkembang maju. Hal ini demikian keranaseandainya setiap ahli mengamalkan nilai-nilai moral dan etika yang betul ia dapatmemudahkan urusan sesebuah organisasi. Etika dan nilai moral dalam organisasimenekankan keperluan nilai yang dilaksanakan oleh setiap ahli organisasi tersebut.Nilai   etika   dalam   sesebuah   organisasi   atau   institusi   amat   penting.   Seandainyaseluruh   organisasi   memiliki   nilai   etika   yang   tinggi   ,masalah   pelanggaran   disiplinorganisasi seperti ponteng kerja, rasuah, penyalahgunaan kuasa, gangguan seksualdan  sebagainya   tidak  akan  timbul.   Dengan  itu   lahirlah   suatu  budaya   kerja  yangpositif     yang   mementingkan   produktiviti   dan   kualiti   yang   tinggi,   persekitaranorganisasi yang kondusif, semangat kekeluargaan dalam organisasi berkenaan yangmenyumbang   kepada   peningkatan   keutungan   organisasi.   Sebagai   contoh,   padamasa kini kebanyakan organisasi tidak kira sama ada kerajaan atau swasta merekatelah   menetapkan   etika   bagi   pekerjanya   supaya   matlamat   organisasi   mereka tercapai. Sebagai   contoh   organisasi   perbankan   ,   pekerjanya   perlulah   bercakapdengan   sopan   dan   sentiasa   melemparkan   senyuman   kepada   pelanggan.   Olehkerana   pengurusan   organisasi   juga   mengamalkan   etika   yang   tinggi   keuntungantersebut akan turut di kongsi bersama pekerja. Maka bukan sahaja organisasi yangmenikmati   kemakmuran   itu   tetapi   pekerja   juga   turut   terlibat.   Organisasi   yangmemperolehi   keuntungan   yang   tinggi   akan   berkongsi   keuntungannya   bersamapekerja dengan memberikan bonus atau ganjaran setiap hujung tahun.

Comments