Global

 


Organisasi internasional memiliki peranan yang penting dalam memupuk masyarakat penyayang di seluruh dunia. Antaranya adalah dengan memberikan bantuan kemanusiaan. Sebagai contoh, organisasi internasional seperti Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa, UNHCR dan UNICEF dapat memberikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa atau manusia yang memerlukan bantuan, seperti mangsa yang terlibat dalam bencana alam, pengungsi, dan anak-anak yatim piatu. Hal ini dapat menyelamatkan setiap nyawa yang berharga serta meringankan beban sesebuah negara secara tidak langsung. Hak setiap manusia untuk berhidup dalam dunia ini haruslah dijamin dan pada masa yang sama, sifat penyayang haruslah dipupuk dalam kalangan masyarakat.


Sebagai cetusan minda yang kedua, program pendidikan yang efisien serta sempurna haruslah disediakan dan dikaji. Hal ini dapat membekalkan peluang menerima pelajaran dan pembelajaran yang sistematik bagi ramai yang kurang berupaya untuk melanjutkan pelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana pendidikan adalah kunci untuk memperbaiki kondisi sosial dan ekonomi. Oleh sebab itu, amat pentinglah untuk memastikan bahawa semua orang memiliki akses ke pendidikan yang berkualiti tinggi, termasuklah pendidikan dasar, menengah, dan tinggi. Hal ini akan membantu meningkatkan kesedaran sosial dan memupuk sikap penyayang di kalangan masyarakat. Organisasi internasional seperti UNESCO perlulah menyediakan program penyelidikan dan kajian sejarah yang bersifat akademik. Pada masa yang sama, subjek pendidikan moral, pengajian am dan pendidikan agama haruslah diwajibkan dalam sistem pendidikan seluruh dunia. Hal ini adalah untuk menerapkan amalan serta sikap yang bermoral dalam sanubari setiap orang dan menunjukkan kepentingan kasih sayang, toleransi, dan tolong-menolong antara satu sama lain.


Seterusnya, kesedaran masyarakat tentang isu-isu sosial haruslah ditingkatkan. Organisasi internasional seperti Amnesty International dan Human Rights Watch dapat menyebarkan isu-isu sosial seperti hak asasi manusia, ketidaksetaraan gender, dan kejahatan terhadap kemanusiaan yang membutuhkan perhatian ke seluruh dunia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat. Dengan ini, masyarakat boleh mengetahui segala isu-isu yang tidak berkemanusiaan dan lebih memahami kesan jika sifat penyayang diabaikan dan cabaran bagi mengekalkan amalan kasih sayang dalam kalangan masyarakat. Kita sebagai manusia haruslah saling memahami, saling menolong dan saling menyayangi bagi menjamin masa depan manusia yang aman, sejahtera dan bahagia. Dalam konteks ini, aktiviti menggalang dukungan sosial amat diperlukan. Hal ini dapat dilakukan melalui pelbagai cara, seperti penggalangan dana, pengumpulan sumbangan, dan kegiatan amal. Ketika masyarakat bekerja bersama-sama untuk mencapai tujuan yang sama, ini dapat membantu meningkatkan rasa pesatuan dan solidaritas dalam kalangan masyarakat.


Tidak dapat menafikan bahawa organisasi internasional seperti WHO yang menyediakan akses ke layanan kesihatan di seluruh dunia merupakan salah satu inisiatif yang berkesan bagi memupuk masyarakat penyayang. Kesihatan adalah aspek penting dari kehidupan manusia dan memastikan semua orang memiliki akses layanan kesihatan dapat menjamin setiap orang mempunyai tubuh badan yang sihat dan otak yang cerdas. Dengan itu, kesihatan semua orang dapat dipelihara dan dihargai. Tamsilnya, layanan kesihatan yang boleh diakses secara mudah diperlukan bagi orang-orang yang membutuhkan, terpentingnya orang-orang yang tinggal di daerah terpencil atau miskin. Hal ini dapat dilakukan melalui pelbagai cara, seperti menyediakan akses ke pusat kesihatan yang terjangkau, memperkenalkan program kesihatan masyarakat, dan mengadakan kempen kesihatan. Di samping itu, sesebuah negara haruslah berkoperasi dengan negara-negara jiran bagi memfasilitasi program sukarelawan.

Selain itu, organisasi internasional seperti Peace Corps dan Voluntary Service Overseas (VSO) juga mesti berganding bahu dengan negara-negara bagi menjamin program sukarelawan dilangsungkan di mana-mana tempat bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada orang-orang yang membutuhkan. Secara tidak langsung, nilai kasih sayang dapat dipupuk dengan mengalami pengalaman berharga dalam memberikan kontribusi positif kepada masyarakat. Masyarakat yang menerima bantuan juga akan berasa gembira dan disayangi oleh orang lain. Pada masa yang sama, perasaan ingin membantu juga akan ditimbulkan dalam jiwa masyarakat dan sentiasa sedia untuk meluahkan perasaan itu. Sebagai buktinya, Pekerjaan Luar Bandar untuk Pemulihan Ekonomi COVID-19 (RECOVER) yang dijayakan oleh VSO di Kemboja telah membawa kemajuan kepada masyarakat tersebut dan meringankan beban ekonomi mereka bagi menjamin kehidupan yang aman dan harmoni. Program ini bukan sengaja memberikan bantuan yang asas tetapi menghantar sukarelawan dan pakar bagi menyelesaikan kekangan dengan membuat perubahan yang menghasilkan impak positif yang berpanjangan. Hal ini telah menunjukkan sifat penyayang terhadap masyarakat tempatan dan secara tidak langsung amalan tersebut dapat disebarkan ke seluruh dunia.


Kesimpulannya, negara-negara serta organisasi internasional memainkan peranan penting dalam memupuk masyarakat penyayang dengan memberikan bantuan kemanusiaan, program pendidikan, edukasi tentang isu-isu sosial, layanan kesihatan dan program sukarelawan. Inisiatif-inisiatif tersebut dapat membantu meningkatkan kesedaran dan perhatian masyarakat terhadap orang lain dan menembusi lingkungan antara satu sama lain. Sebagai akhir kata, masyarakat yang bersifat penyayang haruslah dipupuk bagi menjamin masa depan yang cemerlang dan dunia yang semakin bertambah maju.

Comments